APAKAH KELEBIHAN MEMOHON DI MBSB ?

Apabila saya berjumpa dengan pelanggan- pelanggan saya, saya sering di ajukan soalan apa kelebihannya MBSB berbanding dengan Bank- bank, koperasi atau institusi kewangan yang lain? 

Antara kelebihannya:
*Seperti anda sedia maklum, MBSB merupakan anak syarikat KWSP. Setiap tahun MBSB akan diberi dana oleh KWSP semata- mata untuk membantu meringankan beban penjawat awam yang tertindas atau tertipu dengan helah atau caj- caj tersembunyi pihak institusi kewangan yang lain. Oleh kerana dana yang diberikan adalah oleh pihak kerajaan, jadi MBSB tidak mengambil keuntungan keterlaluan dan membebankan. Ramai yang sudah memohon di MBSB apabila menyedari MBSB merupakan institusi kewangan yang telus dan sememangnya untuk kemudahan mereka.

*MBSB hanya mengenakan yuran keahlian sebanyak RM20 sekali seumur hidup. Kemudian anda diberi sekeping kad Touch & Go bernilai RM50. Tiada caj tambahan bulanan atau tahunan. Sedarkah anda bahawa sesetengah pihak institusi kewangan mengenakan caj tambahan seperti yuran keahlian bulanan dan duti setem adalah untuk menimbal balik bayaran bulanan yang SEBENARNYA dikenakan kepada anda? Tidak hairan ada ramai di kalangan pelanggan mereka merungut semasa pengiraan awal, lain yang diberitahu tetapi apabila membuat bayaran bulanan sudah meningkat dari jumlah yang diberitahu. Lebih teruk, beberapa tahun kemudian bayaran bulanan semakin meningkat dan jumlah bayaran tiap- tiap bulan masih tidak lagi mengurangkan jumlah yang dipinjam. Anda pengguna bijak, jadi anda fikirkan:)

*Setiap permohonan yang berjaya, bayaran bulanan akan dipotong melalui Angkasa. Angkasa mengenakan caj 2% perkhidmatan pada setiap potongan. Tetapi, MBSB menanggung caj 2% itu sepanjang tempoh pembiayaan. 

*Apabila anda memohon bi MBSB, secara automatiknya anda akan menikmati faedah- faedah di MBSB. Antaranya peratusan Dividen yang tinggi untuk simpanan anda, saguhati kecemerlangan untuk anak- anak anda yang mendapat kepujian dalam UPSR, PMR dan SPM. 

*MBSB mewujudkan pakej WASLAH 75% di mana satu- satunya institusi kewangan yang diluluskan oleh bank negara dan angkasa untuk memberi kelayakkan pinjaman peribadi sehingga 75% daripada gaji pemohon tanpa menjejaskan pemohon untuk pembelian rumah. Pakej ini sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah dalam potongan gaji dimana terdapat beberapa potongan bank atau koperasi dalam slip gaji. Sesuai untuk mengecilkan rate tahunan dan bulanan. Pengiraan kelayakkan adalah percuma:)

No comments:

Post a Comment